suria

Dua Pegawai Wisma Putra Didakwa Perdaya Duta Besar Malaysia Ke AS RM378,000

Shahril Effendi (kiri) dan Mohd Hadtamizi (kanan) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan memperdaya Duta Besar Malaysia ke AS, tiga tahun lepas di Mahkamah Jalan Duta pada Jumaat. - FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Dua pegawai Wisma Putra didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tuduhan memperdayakan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) membabitkan RM378,000 tiga tahun lalu.

Sharil Effendi Abdul Ghany, 47, didakwa dibawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Dia didakwa menggunakan dua dokumen mengandungi maklumat palsu melibatkan perbelanjaan semasa mesyuarat Apec di Honolulu, Hawaii pada 2011.

Rakannya, Mohd Hadtamizi Abu Bakar, 46, didakwa bersubahat dengan Sharil Effendi.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Rosbiahanin membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM30,000 berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Februari ini untuk sebutan kes.

Artikel Lain