suria

Ibu, Anak Lelaki Ditemui Dibunuh Di Villa Kipmart

JOHOR BARU: Seorang ibu dan anak lelakinya ditemui mati berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman di sebuah bilik tidur di Villa Kipmart di sini awal pagi Khamis.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Ismail Yatim berkata mayat Patmavathy A.T Samy, 63, dan anaknya Suba R.Subramaniam, 40, ditemui terbaring di dalam bilik itu oleh keluarga mereka kira-kira pukul 1 pagi.

"Polis yang dimaklumkan tentang kejadian itu telah bergegas ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan menemui sebilah pisau dan gunting yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya polis masih menyiasat motif pembunuhan dua beranak tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berikutan itu juga, polis sedang mengesan dua lelaki warga asing yang bekerja dengan keluarga tersebut yang dipercayai menghilangkan diri selepas kejadian. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain