Jawatankuasa Khas Bina Lorong Khas Motosikal - Fadillah

Laluan sikal diharapkan dapat menggurangkan kadar kemalangan.
Laluan sikal diharapkan dapat menggurangkan kadar kemalangan.
Laluan sikal diharapkan dapat menggurangkan kadar kemalangan.

KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa khas telah ditubuh untuk mengkaji pembinaan lorong khas motosikal di semua lebuh raya memandangkan buat masa ini hanya beberapa lebuh raya sahaja menpunyai lorang khas untuk motosikal.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata antara kajian yang dijalankan termasuk kategori motosikal yang dibenarkan berada di lebuh raya mengikut kapasiti enjin (CC) dan keluasan lorong khas yang ingin dibina bagi memuatkan pelbagai jenis saiz motosikal termasuk yang berkuasa tinggi dan bersaiz besar.

"Apabila timbulnya masalah dasar untuk melindungi motosikal yang berada di lebuh raya, contohnya kenderaan laju di lebuh raya boleh menyebabkan motosikal bersaiz 'kapcai' 75 CC terkena angin kuat lalu mengalami keadaan yang tidak seimbang.

"Selepas jawatankuasa itu mendapat hasil kajian, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan semua anggota Parlimen sama ada motosikal akan dikenakan kadar tol ataupun kategori motosikal yang dibenarkan berada di lebuh raya," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dalam persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Bung Mokhtar ingin mengetahui sama ada penyelarasan dibuat oleh kementerian untuk mewajibkan semua motosikal menggunakan lorong khas yang disediakan di lebuh raya supaya keselamatan mereka terjamin.

Menjawab soalan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) mengenai motosikal berkuasa tinggi yang tidak perlu membayar tol di lebuh raya, Fadillah berkata bayaran tol tidak ditentukan mengikut kapasiti enjin (CC) kenderaan sebaliknya berasaskan kepada kelas atau jenis kenderaan itu.

Katanya, motosikal berkuasa tinggi tidak dikenakan bayaran tol kerana ia termasuk di bawah kategori kenderaan dua roda yang dikecualikan daripada kutipan tol.

"Ini termaktub dalam hampir semua perjanjian konsesi lebuh raya, kecuali di Lebuhraya Linkedua Malaysia-Singapura (Plaza Tol Tanjung Kupang), dan Jambatan Pulau Pinang yang mana motosikal turut dikenakan tol," katanya.

Katanya, penetapan bayaran tol untuk kelas atau jenis kenderaan ini adalah berasaskan Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984. -BERNAMA

Artikel Berikut

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain