suria

Lokomotif Kereta Api Hatyai-KL Terbakar

Lokomotif kereta api dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Hatyai yang terbakar.
Lokomotif kereta api dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Hatyai yang terbakar.
Lokomotif kereta api dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Hatyai yang terbakar.

IPOH: Lokomotif kereta api yang menuju ke Kuala Lumpur dari Hatyai terbakar di Kuala Kangsar pada awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi itu, lokomotif kereta api dengan 12 gerabak yang membawa seramai 442 penumpang tersebut, tiba-tiba terbakar ketika melalui jambatan kereta api Enggor berhampiran dengan SMK Simpang Beluru.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Guan Beng Kang berkata, tiada penumpang atau kakitangan yang cedera dalam kejadian itu.

"Para penumpang telah dibawa ke stesen keretapi Kuala Kangsar manakala lokomotif yang rosak telah ditarik ke stesen keretapi Sungai Siput.

"Para penumpang kemudian meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur apabila lokomotif lain digantikan," katanya.

Artikel Berikut

Anwar Beritahu PAS GST Efisyen

Artikel Lain