suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Samun Kedai Emas

KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan dalam serbuan di Shah Alam dan Sentul bagi membantu siasatan kes samun kedai emas membabitkan seorang pengawal keselamatan di pusat beli belah KL Festival City, Setapak di sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata mereka ditahan dalam serbuan di rumah masing-masing di dua lokasi itu.

Beliau berkata dalam serbuan pertama, seorang lelaki berusia 26 tahun dipercayai rakan suspek, ditahan pada 9 malam, Khamis lalu.

Susulan itu, polis malam Jumaat memberkas seorang lagi lelaki berusia 51 tahun dipercayai penyelia kepada pengawal keselamatan itu.

"Kami percaya penahanan dua lelaki ini dapat membantu pihak polis mengesan suspek utama," katanya kepada Bernama sambil memberitahu kedua-dua lelaki itu direman selama seminggu mulai Sabtu.

Dalam kejadian itu, pengawal keselamatan berkenaan dilapor melarikan kira-kira 100 utas rantai selepas mengacukan senjata api ke arah empat pekerja kedai emas itu. - BERNAMA MAF MAM SN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia