suria

Terowong Smart Ditutup Mulai 11 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Smart di sini akan ditutup kepada lalu lintas bermula pukul 11 malam Isnin sehingga 6 pagi Selasa.

Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong (Smart) dalam kenyataan pada Isnin berkata penutupan itu bagi membolehkan penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya dijalankan.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi talian bantuan Smart Helpline 1-300-88-7188. - BERNAMA

Artikel Lain