suria

Keutamaan Diberikan Untuk Bersih Daftar Pemilih - SPR

KUALA LUMPUR: Keutamaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini adalah untuk membersihkan daftar pemilih, kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

"Malah, kami mengadakan bengkel sepanjang minggu lepas untuk mengkaji proses dan peraturan yang mengawal proses serta membincangkan cadangan yang telah dibangkitkan oleh masyarakat sivil.

"Kami akan mencadangkan undang-undang pendaftaran baru ke parlimen sebelum pilihan raya umum akan datang," kata beliau pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia Ketujuh, Ahad.

"Kita akan bergantung kepada agensi-agensi yang dipercayai seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Pertahanan dan polis," katanya, Ahad.

Wan Ahmad berkata SPR juga akan terlibat dengan pelbagai NGO untuk menangani pelbagai isu dan kelemahan sistem sedia ada.

Menjawab permintaan Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga supaya SPR membersihkan daftar pemilih sebelum menjalankan persempadanan semula, Wan Ahmad berkata perkara itu sedang diambil perhatian dan SPR akan datang tampil dengan undang-undang pendaftaran baharu.

Wan Ahmad bagaimanapun berkata SPR tidak boleh menangguhkan tanggungjawab mereka untuk meneruskan tindakan itu hanya kerana sekumpulan orang yang menuntut untuk berbuat demikian.

Artikel Lain