suria

Lelaki Didakwa Rasuah Bapa Gadis 13 Tahun Untuk Tarik Balik Laporan Kes Rogol

Riduan Masmud (kiri) bersama peguamnya, Loretto S.Padua (kanan) berjalan keluar dari mahkamah sesyen di Kota Kinabalu pada Isnin. Foto NORMIMIE DIUN / THE STAR
Riduan Masmud (kiri) bersama peguamnya, Loretto S.Padua (kanan) berjalan keluar dari mahkamah sesyen di Kota Kinabalu pada Isnin. Foto NORMIMIE DIUN / THE STAR
Riduan Masmud (kiri) bersama peguamnya, Loretto S.Padua (kanan) berjalan keluar dari mahkamah sesyen di Kota Kinabalu pada Isnin. Foto NORMIMIE DIUN / THE STAR

KOTA KINABALU: Pengurus restoran yang dituduh kerana merogol seorang gadis berusia 13 tahun yang kemudian mengahwininya, telah didakwa kerana memberi rasuah sebanyak RM5,000 kepada bapa gadis itu bagi menarik balik laporan polis.

Riduan Masmud, 41, didakwa kerana menawarkan RM5,000 kepada lelaki itu pada 18 April lalu dan memberi RM2,000 dan RM3,000 antara pukul 9pm dan 12 tengah malam di dua lokasi berasingan di Kota Kinabalu pada hari yang sama.

Kejadian rogol itu yang didakwa berlaku di tempat letak kereta di Inanam pada kira-kira pukul 10 pagi pada 18 Februari lalu tidak dibangkitkan sehingga ibu saudara kepada gadis berusia 13 tahun itu membuat laporan polis.

Riduan, yang mempunyai dua anak perempuan dan dua anak lelaki dengan isteri pertamanya, didakwa melakukan kesalahan itu 10 kemudian tetapi mengahwini gadis berkenaan di mahkamah Syariah sejurus selepas itu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mukhriz Mat Ruz yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta untuk ikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin selepas Riduan mengaku tidak bersalah atas dakwaan yang dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Caroline Bee Majanil pada Isnin.

Peguam Riduan, Loretto S Padua Jr membantah jumlah ikat jamin itu dengan mengatakan bahawa ia menunjukkan seolah-olah anak guamnya dihukum sebelum perbicaraan.

“Jumlah (ikat jamin) adalah terlalu tinggi dan anak guam saya tidak mampu,” katanya, sambil menambah bahawa Riduan telah digantung daripada pekerjaannya dan melakukan kerja-kerja sambilan.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua tuduhan dan menetapkan 21 Jun untuk pengurusan kes.

Riduan kelihatan tenang apabila memasuki Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, ditemani oleh anak perempuan sulungnya dan Loretto.

Riduan akan hadir ke mahkamah pada 6 Jun ini bagi mengetahui sama ada pendakwaan berhubung kes rogolnya sebelum ini akan diteruskan.

Artikel Lain