suria

Keputusan Mahkamah Akhiri Keresahan Keluarga Selama Tiga Tahun - Anak Sosilawati

Anak pengusaha Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi melambaikan tangan kepada jurufoto selepas mahkamah memutuskan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, empat individu bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Khamis. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, menjauhkan diri dari kamar mahkamah apabila keputusan mengenai pembunuhan ibunya diumumkan.

"Saya tidak mempunyai kekuatan untuk berada di sana. Hanya apabila saya tahu keputusannya barulah saya menjadi berani menunjukkan diri saya," kata wanita berusia 27 tahun ini yang mewarisi perniagaan ibunya.

Hakim Akhtar Tahir mendapati bekas peguam N. Pathmanabhan dan pekerja ladangnya T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Khatavarayan bersalah atas kes pembunuhan Sosilawati, 47, dan tiga pembantu beliau pada tahun 2010.

Erni Dekritawati atau lebih dikenali sebagai Rita berkata, keputusan itu telah menutup keresahan beliau dan keluarganya sejak tiga tahun lalu.

"Saya dan keluarga saya berasa amat berpuas hati dan berterima kasih kepada mahkamah dan rakyat Malaysia yang telah menyokong kami," katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Turut hadir di luar mahkamah adalah Suzana Radin Pangat, isteri pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, yang merupakan salah seorang daripada mangsa pembunuhan.

"Saya menghormati keputusan mahkamah dan saya lega kematian suami saya telah mendapat keadilan," katanya sambil menangis.

Sementara itu, hari ini merupakan hari yang suram dan menyayat hati untuk keluarga dan rakan-rakan tertuduh ketiga, R. Matan, yang berlari ke arah Matan selepas dia dibawa keluar dari mahkamah.

Kumpulan anak-anak muda ini nampak tenang tetapi mengalirkan air mata sebaik sahaja melihat Matan dan memilih untuk tidak bercakap dengan pemberita.

Artikel Lain