suria

Pengerusi Bersih, Ambiga Hadir Kali Pertama Ke Program BN

Datuk S. Ambiga
 Datuk S. Ambiga
Datuk S. Ambiga

LUMUT: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S, Ambiga buat pertama kalinya hadir pada program anjuran Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata dia dijemput oleh bahagian MCA Cheras untuk mengambil bahagian dalam satu forum yang akan diadakan di Taman Midah, Cheras pada Khamis.

Forum berkenaan turut melibatkan calon BN serta memfokuskan isu berkaitan dengan pilihan raya umum.

"Saya akan hadir program berkenaan," katanya selepas menghadiri ceramah politik anjuran Pakatan Rakyat di Changkat Beruas pada Rabu.

Beliau berkata boleh menghadiri program anjuran kedua-dua parti politik sama ada BN mahupun Pakatan Rakyat, namun mereka akan kekal sebagai sebuah organisasi yang neutral.

"Kami tidak akan mempengaruhi pengundi dalam membuat keputusan kerana kami hanya menasihatkan mereka supaya melihat kepada rekod dan prestasi calon serta parti yang akan mereka yang akan mewakili mereka sebelum hari pengundian," katanya.

Beliau berkata pengundi harus melaksanakan tanggungjawab mereka pada Ahad, 5 Mei ini untuk memilih sebuah kerajaan yang bersih dan adil.

Artikel Berikut

Artikel Lain