suria

Kamilia Tanding Bebas di Parlimen Kuala Kangsar

Datuk Kamilia Ibrahim
 Datuk Kamilia Ibrahim
Datuk Kamilia Ibrahim

KUALA KANGSAR: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim membuat kejutan apabila bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau yang pada mulanya disangka tiba untuk memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), dilihat memasuki pusat penamaan calon Parlimen Kuala Kangsar di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar di sini kira-kira pukul 9.30 pagi.

Kamilia akan menentang calon (BN), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr. Khalil Idham Lim daripada PAS.

Sementara ituy, Kamilia melalui laman sosial Facebook miliknya, mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam Umno. Beliau turut memaklumkan peletakkan jawatannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Wanita Umno Kuala Kangsar.

Artikel Lain