suria

Plaza Tol 'A' PJS Damansara- Puchong Ditutup Sementara Waktu

KUALA LUMPUR: Plaza Tol 'A' di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan (PJS) Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) akan ditutup selama empat jam mulia pukul 6 pagi dari Rabu hingga Jumaat ini.

Ketua Jabatan Komunikasi, Kumpulan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) Shah Rizal Mohamed Fawzi berkata penutupan berkenaan adalah bagi pelaksanaan kajian penambahbaikan lalu lintas di Plaza Tol PJS arah Sunway ke Puchong. Dalam kenyataan pada Isnin, Shah Rizal berkata pelaksanaan kajian itu adalah bagi menyediakan perjalanan yang selesa dan lancar kepada pengguna.

Katanya, pengguna dinasihatkan mematuhi arahan papan tanda trafik bagi memastikan kelancaran trafik.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan LDP di talian 03-74947333.-BERNAMA

Artikel Lain