Senarai Calon Bn N.Sembilan Belum Dimuktamadkan - Semasa | mStar

Senarai Calon Bn N.Sembilan Belum Dimuktamadkan

SEREMBAN: Senarai calon Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sedang disaring oleh agensi seperti Jabatan Insolvensi dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengenal pasti calon yang benar-benar layak dan bersih bertanding.

"Jadi belum ada yang muktamad ataupun disenarai pendekkan. Senarai calon ini ramai, ada nama baharu, ada nama lama....termasuk penyandang," kata Pengerusi B Nnegeri Datuk Seri Mohamad Hasan di sini, Isnin.

Ketika ditemui pada majlis penyerahan zakat perniagaan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) kepada Pusat Zakat negeri, Mohamad berkata apabila siap melalui saringan itu, senarai calon akan dihantar kepada pimpinan pusat parti yang seterusnya akan menentukan calon boleh menang.

Mohamad juga menegaskan bahawa pemilihan calon bagi PRU13 ini berbeza kerana senarai pendek calon yang bertanding akan diputuskan pemimpin tertinggi parti, bukannya Badan Perhubungan Negeri, seperti sebelum ini.

"Dulu kami guna satu saluran iaitu semua pimpinan di peringkat bahagian hantar kepada Badan Perhubungan Negeri dan badan perhubungan akan buat senarai pendek dan menghantar nama.

"Tapi sekarang ini proses menyenarai pendek dibuat di peringkat pusat. Jadi tidak timbul lagi badan perhubungan yang membuang nama dan sebagainya," katanya.

Justeru, Mohamad yang juga Menteri Besar berkata semua pihak perlu akur dengan senarai calon yang akan diputuskan kelak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku pengerusi BN.

Pada majlis itu Mohamad yang juga pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan menerima pembayaran zakat oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) bagi tahun kewangan 2009, 2010 dan 2011 berjumlah RM3.5 juta yang disampaikan oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel