Jenazah Koperal Sabarudin Selamat Dikebumi - Semasa | mStar

Jenazah Koperal Sabarudin Selamat Dikebumi

Nurul Nisah Abu, isteri kepada allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud menabur bunga di atas pusara suaminya di tanah perkuburan Parit 1, Sungai Besar, di Sabak Bernam pada Sabtu. -Foto BERNAMA
Nurul Nisah Abu, isteri kepada allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud menabur bunga di atas pusara suaminya di tanah perkuburan Parit 1, Sungai Besar, di Sabak Bernam pada Sabtu. -Foto BERNAMA

SABAK BERNAM: Jenazah Koperal Sabarudin Daud yang terkorban dalam insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah semalam, selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besar di sini, Sabtu.

Jenazah Sabarudin, 46, sebelum itu disembahyangkan di Masjid Jamek Makmuriah pada pukul 3.30 petang yang turut disertai Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Turut menyertai solat sunat jenazah itu ialah Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene bersama 1,000 yang lain meliputi anggota keluarga, rakan, penduduk kampung dan anggota PDRM.

Jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 12.30 tengah hari tadi sebelum dibawa ke kediaman ibunya di Kampung Sungai Lias, Sungai Besar, bagi memberi peluang kepada anggota keluarga menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir.

Abang susuan Allahyarham, Che Azni Ahmidun, 48, ketika ditemui pemberita selepas pengebumian itu, berkata belia reda dengan pemergian Allahyarham serta berterima kasih kepada semua pihak, terutama warga PDRM yang menguruskan jenazah adiknya. "Terima kasih kepada semua warga PDRM yang telah menguruskan jenazah adik saya sebaik-baiknya bermula dari Lahad Datu hingga ke liang lahad pada petang ini.

"Walau apa jua keadaan, kami sekeluarga berasa banggga kerana beliau telah digelar wira negara...cuma saya terkilan kerana saya menatap wajahnya buat kali terakhir dalam keadaan dia tidak lagi bernyawa," katanya menambah kali terakhir beliau bertemu Allahyarham ialah pada Aidilfitri lalu.

Sementara itu, anak sulung Allahyarham, Haziq Wahiduzzaman, 19, berkata kali terakhir beliau bertemu dengan bapanya ialah pada cuti tahun baharu cina. "...waktu itu saya pulang bercuti (dari kolej) dan tiada tanda-tanda dari dia yang menunjukkan dia akan 'pergi'.

"Kami adik-beradik tak sangka perkara ini berlaku pada abah...walau apa pun kami bangga dengannya kerana tugasnya yang diamanahkan padanya sebagai anggota keselamatan negara," katanya yang belajar di Kolej Yayasan Melaka.

Selain Haziq, Allahyarham meninggalkan dua lagi anak iaitu Haziqah Zuhairah dan Hazreq Zarif serta balu Nurul Nisah Abu.

Sabarudin adalah antara dua anggota komando polis VAT 69 yang terkorban dalam kejadian itu yang tercetus apabila pasukan keselamatan bertembung dengan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkenaan. Turut terkorban ialah Insp. Zulkifli Mamat, 29. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain