PAS Akan Panggil Ahli Terlibat Demonstrasi, Pijak Bendera DAP - Semasa | mStar

PAS Akan Panggil Ahli Terlibat Demonstrasi, Pijak Bendera DAP

PETALING JAYA: PAS akan memanggil dan mendengar penjelasan ahli parti itu yang terlibat dalam demonstrasi dan pijak bendera DAP di hadapan pejabat Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini sebelum mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka.

Bagaimanapun, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi berkata, perkara itu masih lagi dalam siasatan sama ada mereka benar-benar ahli parti itu atau tidak.

“Jika mereka benar ahli PAS kita akan panggil dan dengar penjelasan mereka terlebih dahulu sebelum mengenakan apa-apa tindakan terhadap mereka.

“Kita perlu tahu apa punca dan kenapa mereka bertindak begitu,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Nasrudin diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang meminta agar PAS membuktikan bahawa kejadian pijak bendera DAP adalah bukan ahli dari parti itu.

Pada 22 Januari lalu, Bernama melaporkan sekumpulan ahli PAS di Pulau Pinang berhimpun di hadapan pejabat Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh di George Town, bagi membantah kenyataannya mempertikai keputusan Majlis Syura PAS berhubung isu kalimah Allah.

Tambah Nasarudin, PAS tidak pernah berdiam diri dengan perkara seperti itu namun perkara utama buat masa ini adalah untuk fokus terhadap pilihan raya yang semakin hampir.

“Kita akan selesaikan perkara ini tapi mungkin mengambil sedikit masa kerana perkara utama sekarang adalah fokus terhadap pilihan raya,” katanya.

Jelasnya, pemuda kini dalam persiapan peringkat terakhir dalam menghadapi Pilihan Raya ke-13.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

default image

Nasharudin Terima Surat Pecat

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain