suria

Ketua Kumpulan Ajaran Sesat Dipercayai Ajar Pengikut Guna Senjata

Lokasi tersembunyi: Ketua kumpulan ajaran sesat itu didakwa menyebarkan ajarannya di sebuah banglo di Kampung Chabau, Jasin.
Lokasi tersembunyi: Ketua kumpulan ajaran sesat itu didakwa menyebarkan ajarannya di sebuah banglo di Kampung Chabau, Jasin.
Lokasi tersembunyi: Ketua kumpulan ajaran sesat itu didakwa menyebarkan ajarannya di sebuah banglo di Kampung Chabau, Jasin.

MELAKA: Ketua kumpulan ajaran sesat yang ditahan di Jasin dipercayai mengajar pengikutnya cara-cara menggunakan senjata yang disorokkan di banglonya yang ditemui oleh pihak polis ketika serbuan dijalankan.

Majlis Agama Islam Melaka (Mais) berkata beberapa pengikut yang ditahan mengaku mereka telah menyerahkan sejumlah wang tunai dan barang-barang berharga termasuk kereta mewah kepunyaan mereka kepada ketua kumpulan ajaran sesat berkenaan.

Sekurang-kurangya 70 orang dikenal pasti sebagai ahli aktif kumpulan itu, namun Mais percaya terdapat beratus-ratus penyokong yang terlibat dengan kumpulan ajaran sesat yang diketuai oleh seorang lelaki yang mengaku dirinya seorang imam dan memiliki kuasa ghaib.

Lelaki yang berasal dari Muar, Johor itu dipercayai mula menyampaikan ajaran yang menyimpang daripada Islam di Tengkera awal tahun lepas sebelum bergerak ke Jasin.

Lelaki itu dipercayai boleh mengubati pelbagai jenis penyakit dan suspek sendiri turut menjalankan perkhidmatan sebagai seorang bomoh.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan kerana didakwa melancarkan perang bagi menentang kewujudan kuasa ghaib yang kononya cuba merosakkan umat Islam.

Mais mula menyiasat mengenai penyebaran ajaran sesat itu selepas menerima aduan daripada seoran pesakit lelaki berumur 46 tahun, yang didakwa boleh sembuh daripada apa jenis penyakit dengan syarat dia perlu berusaha kuat menjadi seroang insan kamil.

Selepas beberapa minggu menyiasat kumpulan tersebut, polis akhirnya menyerbu sebuah banglo di Simpang Bakoh pada Sabtu dan menemui beberapa dozen pedang, keris, kapak dan 308 jenis anak panah, lembing serta 23 balang yang dipercayai mengandungi serbuk letupan.

Mais difahamkan polis masih menyiasat punca kumpulan berkenaan menggunakan senjata berbahaya.

Di Kuala Lumpur, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) berkata pihaknya sedia membantu Mais memulihkan pengikut yang diperdaya oleh kumpulan ajaran sesat berkenaan.

“Kami akan membantu dalam apa cara sekalipun seperti menghantar pakar-pakar kami dan membenarkan kemudahan kami digunakan oleh Mais,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim.

Selain daripada menghadapi tuduhan jenayah kerana memiliki senjata, ketua kumpulan ajaran sesat dan pengikut yang ditahan boleh didakwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah Melaka 1991, kerana menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan Islam.

Bagi setiap salah satu kesalahan dia boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 denda dan penjara hingga dua tahun.

Sementara pengikut kumpulan ajaran sesat itu akan diarahkan menjalani pemulihan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain