suria

Pendandan Rambut Dan Teman Wanita Dirompak Di Tempat Letak Kereta Pusat Membeli-Belah

Lee (kanan) menunjukkan demonstrasi bagaimana perompak menyerang teman wanitanya sewaktu kejadian rompakan itu.
Lee (kanan) menunjukkan demonstrasi bagaimana perompak menyerang teman wanitanya sewaktu kejadian rompakan itu.
Lee (kanan) menunjukkan demonstrasi bagaimana perompak menyerang teman wanitanya sewaktu kejadian rompakan itu.

PETALING JAYA: Satu malam sebelum Krismas berakhir dengan mimpi ngeri bagi seorang pendandan rambut dan teman wanitanya apabila sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyerang mereka di tempat letak kereta pusat membeli-belah dan melarikan wang tunai RM4,000 dan telefon bimbit milik pasangan itu.

Darren Lee, 26, berkata, dia dan teman wanitanya, 24, yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, baru sahaja meninggalkan parti malam Krismas di Sunway Pyramid pada kira-kira pukul 4 pagi pada Selasa apabila mereka ditahan oleh tujuh penunggang motosikal, yang semuanya bersenjata, di tempat letak kereta.

"Kami bimbang dengan nyawa kami. Mereka benar-benar bertindak kasar," kata Lee, sambil menambah bahawa serangan itu menuntut mereka untuk menyerahkan wang dan barang-barang berharga.

"Mereka mengancam untuk menculik teman wanita saya jika saya tidak menyerahkan semua wang tunai saya," kata Lee kepada pemberita di sini Rabu.

"Saya memberi RM4,000, serta telefon bimbit kami."

Lee berkata, kesemua penjenayah itu memecut motosikal mereka selepas rompakan itu. "Ia berlaku begitu pantas," katanya.

Lee kemudian menekan butang “I-Alert” (butang panggilan kecemasan) di tempat letak kereta.

Pengawal keselamatan tiba di tempat kejadian dalam masa satu minit membantu Lee dan teman wanitanya membuat laporan polis di balai polis Bandar Sunway.

Sementara itu, ketua pegawai operasi pusat membeli-belah, Kevin Tan berkata, keselamatan akan dipertingkatkan berhubung kejadian berkenaan.

"Malangnya, kumpulan penunggang motosikal itu menceroboh ke kawasan letak kereta kami selepas pusat membeli-belah itu ditutup.

"Dengan Tahun Baru yang bakal menjelang, pegawai keselamatan kami akan menjadi lebih peka dan berhati-hati," katanya pada Rabu.

"Kami komited ke arah memastikan keselamatan pelanggan kami ... insiden ini adalah kes terpencil," katanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahya Jamil mengesahkan kejadian itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain