suria

Polis George Town Cari Lima Lelaki Terlibat Jenayah

GEORGE TOWN: Polis mencari lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes antaranya samun, pecah rumah dan curi kereta yang berlaku di sekitar daerah Timur Laut sejak dua minggu lepas.

Jurucakap polis berkata mereka ialah T.S undaraj, 23, beralamat di 293-I West Jelutong, S.Devaraj, 33, alamat terakhir di 15 Lebuh Queen dan Shahiful Osman, 36, berasal dari Sungai Gelugor.

"Tiga lelaki pertama itu terlibat dengan kejadian samun di sekitar Jalan Datuk Keramat, Jalan Patani dan Air Itam,," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata dua lagi iaitu B.Jeevan, 32, dan beralamat di No 116D Telekom Lab Lines, Off Jalan Sungai Pinang di kehendaki bagi membantu kes curi kereta manakala M.Chandrasekar, 29, berasal dari Flat Jalan Patani berkaitan kes pecah rumah.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lima lelaki berkenaan diminta menghubungi menghubungi Insp Karuna di talian 04-2181822 sambungan 1921 dan 012-4388999 atau mana-mana balai polis berdekatan. -BERNAMA

Artikel Lain