suria

Semakan Kemasukan Pelatih PLKN Kumpulan 3 Siri 9/2012 Dibatalkan

KUALA LUMPUR: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) membatalkan semakan kemasukan pelatih-pelatih Program Khidmat Negara (PLKN) bagi kumpulan tiga siri 9/2012 yang akan bermula 9 September depan.

JLKN dalam kenyataan pada Jumaat berkata semua bakal pelatih kumpulan tiga siri 9/2012 boleh mula membuat semakan nama, kem-kem penempatan dan pusat berkumpul pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Mereka boleh membuat semakan melalui SMS 15888 atau di laman web Khidmat Negara di www.khidmatnegara.gov.my. - BERNAMA

Artikel Lain