suria

Empat Pelajar Cacat Penglihatan Antara 29 Penerima Biasiswa Shell

Menteri Kewangan II dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh bergambar dengan pelajar-pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berjaya mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Mereka terdiri daripada daripada Marcos Joel (kiri), Ruth Yong Wong Theen (dua, kiri), Christina Liliah Palau dan Rubiana Bunsu pada majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Shell 2012 di sini Isnin. Turut sama Pengarah Pelajaran Sarawak Abdillah Adam (tiga, kanan) dan Timbalan Presiden Bahagian Sumber Manusia Asia Tenggara Shell Leslie Hayward (dua, kanan). --foto BERNAMA

KUCHING: Empat pelajar cacat penglihatan adalah antara29 pelajar yang menerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar Shell, Isnin.

Marcos Joel, Ruth Yong Wong Theen, Christina Liliah Palau dan Rubiana Bunsu, yang tidak dapat melihat sejak lahir, menerima anugerah itu daripada Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat negeri Datuk Seri Wong Soon Koh pada satu majlis di sini.

Ketika ditemui selepas majlis penyampaian anugerah itu, Marcos, 21, yang menamatkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lintang, bercita-cita mengikuti pengajian dalam jurusan pendidikan atau komunikasi di peringkat universiti.

Pemuda berasal dari Kampung Tanjung Bijat di Sri Aman ini berkata dia telah membuat persiapan untuk mengikuti pengajian dalam bidang itu dengan mengikuti latihan jangka pendek di Kuala Lumpur.

Ruth, 21, pula berkata ibunya sentiasa menjadi sumber inspirasi yang mendorongnya untuk berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang. "Emak sentiasa menggalakkan saya supaya belajar dengan tekun dan memberitahu saya bahawa tiada siapa yang boleh mengubah nasib saya melainkan saya sendiri," katanya.

Dilahirkan dalam keluarga petani di Mujong, Kapit, kecacatan penglihatan tidak menghalang Christina daripada menanam cita-cita untuk menjadi seorang ahli posikologi dan gadis ini gembira kerana biasiswa yang disediakan Shell menjadi perintis jalan baginya untuk mencapai cita-cita itu.

"Saya harap dapat mengikuti pengajian dalam bidang psikologi, mungkin di Universiti Malaya, sekiranya saya diberi peluang membuat pilihan," katanya.

Kecacatan penglihatan juga tidak menghalang Rubiana daripada mengimpikan sesuatu yang besar dan ini terbukti melalui kisah yang diceritakannya ketika mencuba nasib sebagai peserta rancangan realiti popular, "Mentor."

"Walaupun tidak terpilih, saya tetap berpuas hati kerana saya telah mencuba," kata Rubiana, yang bercita-cita menjadi pendidik.-- BERNAMA

Artikel Lain