suria

Mirza Sambung Kembali Tugas Ketua Pengarah Tourism Malaysia

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammd Taiyab Beg menyambung kembali tugasnya pada Isnin, kata agensi itu dalam kenyataan di sini, Isnin.

Keputusan tentang kedudukan Mirza itu dibuat Lembaga Tatatertib Tourism Malaysia berikutan pembebasannya daripada tuduhan melakukan pecah amanah.

Mirza, 56, dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan melakukan pecah amanah melibatkan RM888,000 lima tahun lepas oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 17 Mei.

Hakim, Che Mohamad Zulkifly Jusoh memutuskan bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Mirza dan oleh itu melepaskan dan membebaskan beliau tanpa dipanggil membela diri.

Turut dibebaskan daripada tuduhan serupa ialah bekas ketua pegawai operasi Pembangunan Pelancongan Malaysia Berhad (Pempena) Sdn Bhd, Mohammad Rosly Md Selamat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain