suria

Ringkasan Berita-Berita Utama Sehingga Jam 7.30 Malam

BERITA-BERITA utama sehingga jam 7.30 malam Rabu:

1. KUALA NERANG: Durian runtuh yang dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada para peneroka Felda sebelum penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dijangka diumumkan pada 8 Mei ini.

2. TEMERLOH: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyediakan pelan tindakan pembangunan lima tahun bagi melaksanakan program pembangunan masyarakat Orang Asli di negara ini.

3. TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memulangkan hasil pelarasan lima peratus kepada tiga peratus hingga satu peratus membabitkan RM2.72 juta kepada seramai 3.2 juta peminjam sehingga 31 Mac lalu.

4. BENTONG: Klinik Gigi Bergerak 1Malaysia (KGB1M) akan diperkenalkan tidak lama lagi bagi membolehkan penduduk luar bandar di seluruh negara mendapat rawatan pergigian dan penjagaan gigi yang lebih baik dan teratur.

5. KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu bahawa seramai 2,270,002 pengundi baru didaftarkan dari 2008 hingga 2011 dengan kaum Melayu merupakan pemilih baru tertinggi.

6. KUALA LUMPUR: MIC menyeru masyarakat India supaya mempunyai keyakinan dan memberi kepercayaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau adalah pemimpin yang berpegang teguh pada janji dan sentiasa mengutamakan keperluan seluruh rakyat Malaysia.

7. KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh merujuk laman sesawang Bahagian Istiadat di Jabatan Perdana Menteri www.istiadat.gov.my jika mereka mahu menyemak sama ada gelaran kebesaran yang digunakan oleh seseorang individu itu adalah sahih dan diiktiraf kerajaan.

8. SIBU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual berada selama kira-kira sejam di Pasar Besar Sibu Jumaat ini untuk beramah mesra dengan orang ramai yang membeli-belah di pasar awam yang dipercayai terbesar di Malaysia itu.

9. KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memberi bantuan dalam bentuk geran berjumlah kira-kira RM150 juta kepada badan dan sekolah bukan Islam, termasuk sekolah persendirian Cina dan sekolah mubaligh sejak 2004, kata Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Edward Khoo.

10. IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan tuduhan ketua pembangkang negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya Perdana Menteri mengadakan perjumpaan dengan pemimpin serta pengawai kanan tentera berhubung pilihan raya sebagai melampau, keterlaluan dan bersifat hasutan.

11. KUDAT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang baru tiga tahun mengambil alih tampuk pemerintahan negara, sudah membuktikan kemampuannya mentadbir negara ini dengan baik, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

12. KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini meminta penganjur satu perhimpunan di ibu kota hujung minggu ini supaya menerima lokasi alternatif yang ditawarkan kerajaan dan bukan di Dataran Merdeka sekiranya mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan maksud di sebalik perhimpunan itu.

13. KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menyerahkan sepenuhnya kepada Astro dan Media Prima tentang cara menyelesaikan tuntutan Jawatankuasa Bertindak Kandungan Kreatif India Malaysia (MICCAF) yang mahu satu saluran disediakan khusus untuk hasil karya artis tempatan dalam kalangan masyarakat India.

14. SERDANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata agenda pendidikan negara tidak boleh dilaksanakan secara bersendirian oleh kerajaan sebaliknya melibatkan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan ia mencapai taraf dan kualiti tinggi setanding negara maju.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain