suria

Amaran Tsunami Di Malaysia Ditarik Balik

KUALA LUMPUR: Nasihat amaran tsunami yang dikeluarkan bagi negeri Perlis, Kedah termasuk Langkawi, Pulau Pinang dan Perak telah ditarik balik pada pukul 10 malam Rabu, kata Jabatan Mateorologi Malaysia.

Jabatan itu dalam kenyataan berkata nasihat itu dikeluarkan pada pukul 6.55 malam berikutan kejadian gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Richter melanda wilayah Aceh, Indonesia.

Ancaman tsunami sudah berlalu, kata jabatan itu.

Terdahulu, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran pada pukul 4.50 petang Rabu berikutan kejadian gempa bumi itu.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran kepada penduduk di negeri berkenaan supaya menjauhi dari kawasan pantai ekoran kemungkinan gempa bumi itu berpotensi mengakibatkan tsunami. - BERNAMA

Artikel Lain