Boleh Kerjasama Dan Berniaga Dengan Yahudi, Bukan Zionis - Abdul Hadi - Semasa | mStar

Boleh Kerjasama Dan Berniaga Dengan Yahudi, Bukan Zionis - Abdul Hadi

SHAH ALAM: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.

"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ," katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia di sini, malam Jumaat.

Turut hadir, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan PAS yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan PAS ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata, PAS akan menukar minda orang Melayu supaya memperkasakan diri mereka dengan ajaran Islam.

"Melayu sahaja tanpa Islam akan menjadi bangsa hina," katanya.

Abdul Hadi berkata, parti itu bersedia meletakkan calon yang terdiri daripada seniman ataupun artis pada pilihan raya umum akan datang, sekiranya ada permintaan sedemikian daripada mana-mana cawangan ataupun kawasannya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud dalam ucapannya pada majlis itu berkata Dewan Muslimat telahpun mengemukakan senarai nama calon untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kepada PAS Pusat. Beliau berkata, lebih 30 muslimat dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak telah dicalonkan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain