suria

Kementerian Pengajian Tinggi Lancar Kempen Kibar Jalur Gemilang

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi pada Isnin melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang di institusi pengajian tinggi sempena sambutan ulang tahun ke-54 kemerdekaan negara.

Bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil-wakil institusi pengajian tinggi awam.

Beliau turut memasang Jalur Gemilang pada kenderaan jabatan.

Terdahulu, nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dan lagu-lagu patriotik serta pembacaan Rukun Negara dilakukan pada majlis yang diadakan di kementerian di sini.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ab. Rahim Md Noor dan para pelajar Politenik Nilai dan Kolej Komuniti. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zuraida Tak Gentar Saman KDN

Artikel Berikut

Artikel Lain