suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2, 919 Kes HFMD Dilapor Hingga 13 Ogos

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,919 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negara hingga 13 Ogos dan tiada kematian dilaporkan setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman.

Beliau berkata jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 66.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 8,769 kes.

Dr Hasan berkata lima negeri mencatatkan kes paling banyak ialah Sarawak dengan 914 kes, diikuti Selangor (513 kes), Johor (300 kes), Perlis (300 kes) dan Pulau Pinang (263 kes).

"Hasil pemantauan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan mendapati Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (EV 71) adalah penyebab utama. Virus ini merebak secara kontak dengan air liur dan najis mereka yang berpenyakit dan tempoh inkubasi adalah antara tiga hingga lima hari," katanya dalam satu kenyataan Ahad.

Dr Hasan berkata jangkitan virus itu adalah ringan dengan simptom demam diikuti ruam melepuh pada tangan, kaki, mulut dan lidah selain mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit-birit dan kurang selera makan.

Beliau menasihatkan ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda jangkitan supaya membawa segera anak ke klinik, mengamalkan kebersihan dan tidak membawa anak ke tempat awam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain