suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

900 Dapat Manfaat Daripada Program Bantuan Yayasan 1MDB

KUALA LUMPUR: Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menawarkan bantuan kewangan kepada 900 penerima di bawah program 'Ihsan Ramadan dan Aidilfitri'.

Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan warga emas di 16 lokasi di Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Setiap seorang akan menerima antara RM100 dan RM300.

"Objektif program itu adalah untuk meringankan bebanan kewangan ketika umat Islam menjalani ibadah puasa dan persiapan untuk menyambut Aidilfitri," kata Yayasan 1MDB dalam kenyataan, Sabtu.

Badan itu berkata ia adalah salah satu langkah proaktif yang diambilnya untuk membantu rakyat Malaysia menjelang musim perayaan.

Inisiatif itu yang bermula di Hulu Selangor pada 17 Ogos lepas, diketuai Pengarah Bahagian Tanggungjawab Sosial Korporat yayasan, Dr Shamsul Anwar Sulaiman.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual akan turut serta dalam program itu di Hulu Langat, Selangor, Ahad. - BERNAMA

Artikel Lain