suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Ditangkap Tidak Berpuasa, Khalwat Di Labuan

LABUAN: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI) sehingga kini menangkap 11 individu kerana kesalahan makan dan minum di tempat awam di bulan Ramadan dan sepasang kekasih kerana disyaki berkhalwat.

Ketua Penolong Pengarah JAWI Labuan Ghazali Saad berkata operasi dimulakan sejak minggu pertama bulan puasa dengan tumpuan kepada kedai makan yang beroperasi pada siang hari.

"Tangkapan itu bukan bertujuan memalukan seseorang tetapi sebagai pengajaran kepada masyarakat Islam untuk menghormati bulan Ramadan," katanya Sabtu.

Beliau berkata mereka yang tidak berpuasa boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kali kedua, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Ghazali berkata pesalah khalwat boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. - BERNAMA

Artikel Lain