suria

Kes Penyelia Asrama Dituduh Bunuh Pelajar Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

KANGAR: Mahkamah Majistret di sini Jumaat membenarkan kes seorang penyelia asrama yang dituduh membunuh pelajar tahun satu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di Jejawi dekat sini pada Mac lepas, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hanif Mohd Ali, 26, yang berasal dari Perak, dituduh membunuh kanak-kanak berusia tujuh tahun itu di bilik warden asrama putera Sekolah Rendah Islam al-Furqan, Jejawi antara 6 petang dan 12 tengah malam pada 31 Mac.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Majistret Nurshahida Abd Rahim membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas menerima permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohd Sabri.

Tertuduh diwakili peguam Mohd Fiokri Abd Rahman dan Zulmi Sabri. – BERNAMA

Artikel Lain