suria

Mubarak Saran Polis Guna ISA Terhadap Perancang Perhimpunan Bersih

KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) menyarankan kepada polis agar menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap perancang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ada 9 Julai ini.

Presidennya Datuk Seri Aziz Abdul Rahman berkata sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak dengan lebih tegas menyekat kegiatan yang boleh menjejaskan kepentingan awam dan keselamatan negara.

"alaupun pihak berkuasa mungkin keberatan untuk menggunakan ISA bagi mengelak imej negatif terhadap negara di peringkat antarabangsa, kami berpendapat ketenteraman awam dan keselamatan negara tidak boleh diganti dengan keperluan menonjolkan imej yang baik," katanya dalam satu kenyataan, di sini, Jumaat.

Beliau berkata dalam perhimpunan seperti itu yang mungkin membabitkan ribuan manusia, penganjur tidak mampu mengawal emosi mereka yang menyertainya.

"Dalam keadaan emosi peserta yang memuncak, seseorang hanya perlu melontarkan seketul batu ke arah orang ramai untuk memulakan rusuhan," katanya menambah keadaan akan menjadi lebih buruk jika ada kumpulan lain yang bertentangan pendirian turut berarak.

Mubarak juga katanya menyokong penuh keputusan polis untuk tidak mengeluarkan sebarang permit bagi perhimpunan tersebut. -BERNANA.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain