suria

Iking Tarik Nafas Lega Selepas Penutupan Kes

KUALA LUMPUR: Sejak kes tentang hal ehwal peribadinya menjadi perhatian umum, kehidupan Daphne Iking tidak pernah senang.

Namun kini, personaliti televisyen itu boleh menarik nafas lega apabila kes itu telah menemui jalan penamat.

“Saya gembira kes itu telah selesai dan saya mahu mengubah kehidupan saya,” kata Iking kepada The Daily Chilli.

“Saya dan keluarga berpuas hati dengan keputusan itu, yang meletakkan penutupan terhadap apa yang terjadi kepada saya. Saya telah mempunyai kehidupan baru kini dan terlalu banyak perlu dilaksanakan pada masa hadapan. Alhamdulillah...”

Tokoh korporat Darren Choy, yang telah disaman oleh bekas suami Iking, Ryan Chong kerana didakwa cuba mengurat isterinya ketika mereka masih berkahwin akhirnya membuat penyelesaian di luar mahkamah dengan mengemukakan satu permintaan maaf secara terbuka oleh Choy kepada Chong.

Choy juga menegaskan bahawa dia bukan bapa kandung anak perempuan berumur empat tahun Iking, Isobel Daniella Iking.

“Ia bukan kes saya. Jadi saya tidak pasti apa yang telah terjadi (antara dua lelaki ini).

“Saya mencari satu jalan penghujung kepada kegagalan saya masa lalu. Penyelesaian di luar mahkamah mereka juga bukan menjadi masalah saya,” ujar Iking.

Iking kini berkahwin dengan pengurus dan rakan perniagaannya Azmi Abdul Rahman.

Artikel Lain