suria

Orang Ramai Dinasihatkan Tidak Beli Kupon Letak Kereta Palsu Di Melaka

MELAKA: Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)menasihati orang ramai agar tidak membeli kupon letak kereta daripada orang perseorangan kerana ia adalah palsu.

Setiausaha Bandaraya MBMB Azmi Hussain berkata pihaknya tidak pernah melantik orang perseorangan sebagai wakil jualan kupon letak kereta kepada ejen atau orang ramai pada harga murah.

Kupon palsu yang dijual itu hampir sama dengan yang dikeluarkan, cuma nombor sirinya tidak ada dalam sistem maklumat MBMB, kata beliau dalam satu kenyataan, Sabtu.

Azmi berkata individu terbabit turut mengedarkan kad nama dan nombor palsu yang tertera logo MBMB bagi mengaburi mata orang ramai.

Sehubungan itu, beliau menasihati ejen jualan yang dilantik MBMB supaya mendapatkan kupon berkenaan terus daripada Syarikat Panduan Emas Sdn Bhd.

Orang ramai juga diminta membelinya daripada ejen yang mempamerkan papan jualan kupon berkenaan atau di pondok jualan MBMB.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain