suria

12 Wanita Warga Asing Disyaki Pelacur Ditahan

KUALA LUMPUR: Seramai 12 wanita warga asing yang disyaki pelacur ditahan dalam satu operasi di Jalan Pasar Baru di sini malam Jumaat.

Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur ASP Suffian Sulaiman berkata operasi itu diadakan berikutan terdapat laporan mengenai kegiatan tidak bermoral di medan selera.

"Pihak Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah mengambil tindakan segera dengan membuat operasi dan tangkapan ke atas kegiatan pelacuran warga asing di bangunan yang menempatkan beberapa buah medan selera di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur.

"Hasil operasi yang dijalankan, pihak polis berjaya menahan seramai 12 orang warga asing yang disyaki pelacur," katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Beliau juga berkata polis akan meneruskan tindakan secara berkala bagi mengatasi masalah sosial seperti pelacuran.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan bahawa terdapat kegiatan pelacuran di medan selera dan mendakwa wanita warga asing boleh dilanggan pada kadar RM30 seorang. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain