suria

Lebih Sejuta Pengguna Domestik Dapat Rebet Bil Elektrik Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Seramai 1,068,000 pengguna domestik akan mendapat manfaat rebet bil elektrik dengan anggaran kos berjumlah RM138.48 juta tahun depan, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Noriah Kasnon.

Katanya langkah itu diharap dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan mengurangkan perbelanjaan bulanan mereka.

Beliau berkata Selangor mencatat bilangan pengguna tertinggi menerima rebet tersebut iaitu 150,000 pengguna, diikuti Johor (126,000), Perak (114,000), Kedah (99,000) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (94,000).

Selain itu, Kelantan pula mencatatkan 69,000 pengguna, Sarawak (69,000), Pulau Pinang (68,000), Pahang (63,000), Sabah (62,000), Negeri Sembilan (53,000), Terengganu (50,000), Melaka (36,000), Perlis (11,000) serta Putrajaya dan Cyberjaya (4,000)," katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Fatimah Hamat di Dewan Negara, Rabu.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, Noriah berkata kerajaan membelanjakan RM116.24 juta bagi menampung rebet kepada pengguna.

Katanya rebet tersebut hanya akan diberi kepada penguna yang bil elektrik kurang daripada RM20 sebulan.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain