suria

Kedatangan Pelancong Ke Malaysia Meningkat Dengan Mendadak

KUALA LUMPUR: Jumlah pelancong yang datang ke Malaysia meningkat empat kali ganda dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 14.1 peratus dari 5.5 juta pada 1998 kepada 23.65 juta tahun lepas, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Dalam aspek pendapatan daripada pelancong, beliau berkata ia meningkat enam kali pada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 18.1 peratus dari RM8.5 juta kepada RM53.4 juta dalam tempoh yang sama.

"Ini mencatatkan satu rekod baru dalam pendapatan daripada pelancong yang telah melebihi RM1 juta seminggu.

"Pencapaian ini meningkatkan ranking global Malaysia untuk pertama kali disenaraikan sebagai 10 negara utama yang paling digemari untuk dilawati dalam UNWTO (Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu)," kata beliau.

Terdahulu, beliau merasmikan cawangan pertama Midori Japanese Steamboat dan Buffet Restaurant di sini malam ini, yang beribu pejabat di Jepun tetapi dikendalikan oleh pengusaha tempatan.

Dr Ng berkata dalam global ranking, Malaysia ditempatkan di tempat kesembilan pada tahun lepas dari kedudukan ke-11 pada 2008.

Beliau berkata kementeriannya telah merangka Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia 2020 dengan nisbah 36:168, untuk memperluaskan sektor pelancongan sebanyak 1.5 kali dalam aspek kedatangan pelancong dari 23.65 juta pada tahun lepas kepada 36 juta pada 2020 dan peningkatan pendapatan tiga kali ganda dari RM53.4 bilion tahun lepas kepada RM168 bilion pada 2020. - BERNAMA

Artikel Lain