Kertas Kabinet Mengenai Cuti Bersalin Swasta Dibentang Januari Ini - Semasa | mStar

Kertas Kabinet Mengenai Cuti Bersalin Swasta Dibentang Januari Ini

KUALA LUMPUR: Cadangan cuti bersalin selama 90 hari mengikut pilihan bagi pekerja sektor swasta akan dibawa ke kabinet pada Januari depan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata kertas kabinet mengenainya akan dibentangkan untuk mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri bagi membolehkan Kementerian Sumber Manusia meminda Akta Pekerjaan 1955 dalam usaha memberi jumlah cuti bersalin yang sama kepada pekerja swasta, seperti yang ditetapkan bagi pekerja sektor awam.

"Kita sedang menyediakan kertas kabinet dan selepas dua minggu dalam bulan Januari ini ia akan dibentangkan. Jadi selepas itu mereka (Kementerian Sumber Manusia) kena bawa ke Parlimen," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Sidang Kemuncak Wanita 2010 oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini pada Rabu.

Shahrizat berkata kementeriannya juga akan membawa satu lagi kertas kabinet berkenaan isu meningkatkan penyertaan wanita dalam lembaga pengarah syarikat-syarikat.

"Saya amat tidak puas hati bila tengok wanita yang diberi tempat dalam board (lembaga) termasuk GLC (syarikat berkaitan kerajaan). Kenapa tidak (diberi tempat) walhal wanita ramai sekali yang mempunyai kebolehan.

Beliau berkata perincian kertas kabinet itu juga akan memasukkan pelan strategi dalam masa beberapa tahun tentang jumlah peratus wanita yang mesti berada di dalam barisan anggota lembaga pengarah syarikat di bursa saham.

"Kita akan mengambil kira tentang situasi pasaran dan strategi dalam perkara ini. Contohnya dalam masa lima tahun di mana wanita akan berada dalam tempoh berkenaan.

"Bukan (permintaan secara) mendadak, sebab tak boleh buat macam itu kerana ia akan menjejaskan pasaran dan lain-lain. (Cadangan ini) supaya semua pihak boleh membuat persiapan," katanya.

Beliau berkata selepas 10 tahun kementerian itu diwujudkan, agenda wanita semakin dipandang serius di mana ia sudah menjadi satu agenda kritikal di dalam kerajaan, politik, ekonomi dan semua aspek pembangunan negara. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!