suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wee Choo Keong Gesa Selcat Siasat Dakwaan Anggota MPKJ Terlibat Dalam Penipuan

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) digesa menyiasat dakwaan mengenai seorang Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) terlibat dalam pelbagai kes penipuan dan tidak diambil tindakan.

Anggota Parlimen bebas Wangsa Maju Wee Choo Keong berkata Selcat perlu mengambil tindakan ke atas anggota DAP itu sebagai membuktikan ketelusan yang dilaungkan oleh kerajaan pakatan pembangkang di Selangor selama ini.

Anggota DAP itu didakwa begitu berkuasa dan berpengaruh di Selangor sehingga tiada tindakan diambil terhadapnya walaupun pelbagai aduan telah dibuat, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Beliau percaya ahli MPKJ itu terlibat dalam banyak kes penipuan membabitkan pemberian beberapa projek tetapi dilindungi oleh pemimpin atasan parti sehingga Jawatankuasa Disiplin DAP serta kerajaan pakatan pembangkang Selangor gagal mengambil tindakan terhadapnya.

"Pakatan pembangkang di Selangor sering memperjuangkan soal keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan tetapi projek banyak diberikan kepada kroni sendiri.

"Saya tahu individu terbabit mempunyai sokongan padu daripada seorang pemimpin kanan DAP, mungkin sebab itu tiada tindakan dapat diambil ke atasnya," katanya yang turut menggesa pihak berkuasa, terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk menyiasat perkara itu. - BERNAMA

Artikel Lain