suria

Penerbangan MAS Ke Bandung Ditukar Haluan Ke Jakarta

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ke Bandung dan sebaliknya, akan ditukar haluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Sabtu berikutan letusan volkanik Gunung Merapi yang mengakibatkan Bandung dicemari awan abu.

Menurut satu kenyataan pada Sabtu, penerbangan MAS berikutnya dari Kuala Lumpur ke Jakarta (MH725) dijadualkan berlepas pada 6.05 petang dan tiba pada 7.05 malam, manakala penerbangan Jakarta-Kuala Lumpur (MH724) dijadual berlepas pada 8.05 malam dan tiba pukul 11.05 malam.

Penumpang yang menaiki penerbangan ke Bandung dari Kuala Lumpur, akan ditukar haluan ke Jakarta dan dibawa ke destinasi mereka dengan bas, begitu juga bagi yang sepatutnya berlepas dari Bandung, juga akan dibawa dengan bas ke Jakarta.

MAS akan memantau situasi itu dengan teliti dan memaklumkan perkembangannya kepada penumpang.

Penumpang juga dinasihatkan agar memeriksa status penerbangan di laman web www.malaysiaairlines.com sebelum ke lapangan terbang.

Artikel Lain