suria

BAJET 2011: Adunan Mandatori Biobahan Api Mulai Jun 2011

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka mulai Jun 2011.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga akan melaksana mekanisme "Feed in Tariff" menerusi Akta Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) bagi membolehkan tenaga elektrik daripada sumber RE oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian semasa membentangkan Bajet 2011 di Parlimen hari ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain