suria

Polis Rampas 43 Kg Daun Ketum Di Langkawi

LANGKAWI: Polis menahan seorang pemilik kedai makan berusia 53 tahun dan merampas 43 kilogram daun ketum dari kedai tersebut di Penarak, Kuah, Selasa.

Seorang daripada pelanggan di kedai itu turut ditahan setelah didapati positif heroin.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Ishak Hassan, pemilik kedai tersebut dipercayai menjual air ketum kepada pelanggannya dengan harga RM2.50 sebungkus.

Serbuan di premis berkenaan merupakan kali ketiga dilakukan, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain