suria

Pameran Ular Lawan Ular Di Muzium Negara

KUALA LUMPUR: Pencinta hidupan reptilia kini berpeluang menyaksikan pameran 100 ekor ular berbisa dan tidak berbisa di Muzium Negara dari 4 September hingga 4 Oktober ini.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Ibrahim Ismail, pameran itu memberi peluang kepada pengunjung untuk lebih mengenali sifat dan rupa bentuk hidupan ular.

Pameran yang dinamakan 'Ular Lawan Ular' itu melibatkan 60 ekor ular berbisa dan 40 ekor ular tidak berbisa.

"Kita yakin pengunjung akan terhibur di samping menambah ilmu pengetahuan tentang haiwan pemangsa ini," katanya.

Ibrahim berkata bahawa ular-ular yang akan dipamerkan itu berasal dari seluruh dunia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain