suria

Kopitiam Old Town White Coffee Undang JAKIM Buat Pemeriksaan

KUALA LUMPUR: Kopitiam Old Town White Coffee telah mengundang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat pemeriksaan terhadap rangkaian premisnya di seluruh negara bagi menyakinkan pelanggan bahawa makanan yang disaji di restoran itu adalah halal.

Pengerusi Kumpulan Old Town Datuk Dr Ahmed Tasir Lope Pihie berkata, sejak kopitiam tersebut ditubuhkan ianya telah memiliki pensijilan halal dari Islamic Food and Research Council ASIA.

"Sekarang insiatif lain telah diambil dengan meminta Jakim menjalankan pemeriksaan ke setiap permis di seluruh negara bermula di Shah Alam.

"Kami tidak berkompromi dalam amalan halal dalam proses penyediaan makanan di lebih 160 rangkaian kedai dengan mendapatkan bahan segar dan keperluan lain hanya daripada vendor yang mempunyai sijil halal," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sejak tahun lepas, satu pasukan petugas khas yang dianggotai 10 orang petugas beragama Islam telah ditubuhkan bagi memantau pemprosesan makanan di rangkaian kopitiam itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain