PERKASA Cadang Bubar Umno Dan PAS Jika Masih Gagal Duduk Semeja Bincang Perpaduan Melayu - Semasa | mStar

PERKASA Cadang Bubar Umno Dan PAS Jika Masih Gagal Duduk Semeja Bincang Perpaduan Melayu

SHAH ALAM: Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) mencadangkan Umno dan PAS dibubarkan dan ditubuhkan sebuah parti baru yang menggabungkan ciri Islam dan nasionalisme Melayu sekiranya kedua-dua parti terus enggan duduk semeja dan mengadakan perbincangan bagi menyatupadukan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata bagaimanapun tindakan drastik itu hanya perlu diambil sekiranya kedua-dua parti tetap enggan berbuat demikian.

Buat permulaan, katanya pertubuhan itu mencadangkan ditubuhkan sebuah jawatankuasa yang bebas daripada pengaruh politik untuk menjadi perantara rundingan antara UMNO dan PAS.

Beliau yang mencadangkan jawatankuasa itu dinamakan Jawatankuasa Pemandu Ke arah Pembentukan Perpaduan Melayu Islam, berkata ia perlu dianggotai 15 orang terdiri daripada tokoh agama seperti mufti, cendekiawan dan bekas pegawai tinggi kanan kerajaan.

"Salah satu langkah awal ialah pertemukan UMNO dan PAS secara rasmi tanpa syarat dan jika gagal jawatankuasa ini mungkin perlu membuat draf parti baru yang berteraskan UMNO dan PAS," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat kepimpinan tertinggi PERKASA di sini, Khamis.

Beliau berkata jika gagal berunding adalah lebih baik kedua-dua parti dibubarkan dan dibuat suatu parti baru yang menggabungkan ciri-ciri Islam dan nasionalisme Melayu kerana segala usaha untuk menyatupadukan kedua-dua parti ini sering gagal dan menjadi satu polemik yang membuang masa.

"Dengan itu (parti baru) rakyat boleh menilai mana yang positif, ikhlas dalam mengikuti tuntutan agama iaitu mengeratkan hubungan silaturrahim...biar rakyat menilai," katanya.

Beliau berkata PERKASA memberikan cadangan itu berikutan banyak usaha bagi menyatupadukan UMNO dengan PAS untuk menyatupadukan orang Melayu dan Islam sering kecundang.

"Perpaduan di antara orang Melayu dan Islam adalah teras perpaduan di Malaysia. Kalau orang Melayu tidak bersatu jangan harap ada perpaduan dan teras keamanan negara adalah perpaduan ini (orang Melayu)," kata beliau.

Ditanya sama ada PERKASA akan menjadi sekretariat kepada jawatankuasa itu, Ibrahim berkata PERKASA hanya mencadangkannya sahaja dan tidak menawarkan diri untuk menjadi sekretariat melainkan diminta.

"Kalau ada pihak mahu jadi sekretariat kita setuju, pihak lain seperti persatuan ulama," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain