suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Mati, Lima Cedera, Kenderaan MPV Jatuh Gaung

IPOH: Tiga terbunuh manakala lima yang lain cedera apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas ke dalam gaung di Km 301 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, Gopeng dekat sini pada Khamis.

Jurucakap polis berkata kesemua mangsa yang terbunuh dalam nahas kira-kira 10.30 pagi itu adalah wanita.

Kenderaan berkenaan yang sedang menghala ke arah utara dikatakan tercampak kira-kira 30 meter ke dalam gaung selepas merempuh besi penghadang, katanya.

Seorang mangsa yang mati tercampak keluar manakala dua lagi tersepit di dalam kenderaan yang remuk itu.

Beliau berkata lima mangsa yang cedera telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Identiti mangsa masih belum dapat dipastikan tetapi beberapa daripadanya adalah warga asing, kata jurucakap itu. - BERNAMA

Artikel Lain