suria

Dapatkan Komputer Riba Pertama P1 WiMAX 4G Pada Harga RM99

KUALA LUMPUR: Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd. (P1), syarikat telekomunikasi WiMAX terkemuka dan pertama di Malaysia, memperkenal komputer riba P1 W1MAX-1NSIDE 4G pertama di negara ini pada harga pengenalan serendah 93 peratus daripada harga runcit biasa.

Susulan kejayaan jualan pengenalan komputer riba P1 W1MAX-1NSIDE 4G di Berjaya Times Square di Kuala Lumpur minggu lepas, pengguna yang mencari komputer riba baharu boleh mendapatkannya di Low Yat Plaza di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur pada jualan berikutnya mulai 11 pagi, 17 Julai ini.

Harga pengenalan adalah daripada RM99 hingga RM1,499, termasuk perkhidmatan percuma P1 W1MAX selama enam bulan. Lebih daripada 50 komputer riba daripada jenama seperti Lenovo, Acer dan MSI disediakan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.wimaxinside.com.my. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain