Anwar Tak Layak Jadi Penasihat Ekonomi S'gor Jika Benar Diperalat CIA: Noh Omar - Semasa | mStar

Anwar Tak Layak Jadi Penasihat Ekonomi S'gor Jika Benar Diperalat CIA: Noh Omar

KUALA SELANGOR: Umno Selangor akan menghantar memorandum kepada kerajaan negeri membantah kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri itu sekiranya benar dakwaan seorang penulis blog di New York bahawa beliau adalah 'alat' kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, sekiranya dakwaan penulis blog itu benar, Anwar tidak layak campur tangan dalam urusan pentadbiran di negeri itu.

"Kita nak cabar Anwar sama ada beliau berani menafikan atau saman blogger itu.

"Sebagai rakyat Selangor, kita akan hantar memorandum secepat mungkin kepada kerajaan negeri kerana jika benar dakwaan Anwar ialah agen CIA kita tidak rela dan tidak mahu dia diberi tempat sebagai penasihat ekonomi Selangor," katanya kepada pemberita selepas perasmian Perhimpunan Hari Belia Selangor dan pelancaran Kempen 1Belia 1Malaysia oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di sini malam tadi.

Noh berkata demikian ketika mengulas dakwaan seorang penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis, bahawa Anwar, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit Amerika Syarikat di Malaysia.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mempersoalkan keengganan kerajaan Selangor bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan berhubung pelan pengambilan tanah untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 untuk Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor.

"Sepatutnya projek itu bermula pada Mei lepas tetapi hingga hari ini kerajaan Selangor tidak beri jawapan kepada kerajaan persekutuan sama ada akan bersama-sama jayakan projek ini. Nampaknya kerajaan Selangor lebih pentingkan politik kerana projek ini ialah projek kerajaan persekutuan dan kerana itu dia sengaja tidak mahu beri kerjasama demi kepentingan rakyat di Lembah Klang," katanya.

Noh meminta rakyat Selangor membuka mata dan bersatu menegakkan kebenaran dengan menolak kerajaan Pakatan Rakyat yang dilihat lebih banyak membuat kerja politik berbanding pembangunan di Selangor.

"Kalau kerajaan negeri tidak beri kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan untuk projek air, ini bermakna rakyat Selangor kena bersedia menghadapi masalah kekurangan air pada 2013," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain