suria

Peruncit Ingkar Akan Dikenakan Tindakan

BUKIT KAYU HITAM: Kerajaan hari ini mengulangi amaran tindakan tegas akan diambil mulai 1 Julai depan terhadap peniaga yang gagal mendapatkan Lesen Runcit Barang Kawalan seperti gula, minyak dan tepung.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Tan Lian Hoe berkata: "Saya mohon kepada semua yang hendak menjual barang kawalan supaya mengambil lesen...sebolehnya kita tidak mahu mengenakan tindakan". Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja sehari di sini, beliau berkata sehingga Jumaat lepas sebanyak 24,547 daripada 30,845 peruncit di seluruh negara telah mendapatkan lesen tersebut.

"Jumlah peruncit yang mengambil lesen ini sangat menggalakkan," katanya.

"Bekalan gula amat mencukupi untuk rakyat dan kita selalu ingatkan peniaga supaya tidak menyorokkan gula," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain