suria

Agong Serah Surat Pelantikan Pada 13 Hakim

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menyerahkan suratcara pelantikan kepada empat Hakim Mahkamah Rayuan dan sembilan Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara di sini hari ini.

Empat Hakim Mahkamah Rayuan itu ialah Datuk Abdul Wahab Patail, 61, Datuk Clement Allan Skinner, 63, Datuk Mohamed Apandi Ali, 60, dan Datuk Zaharah Ibrahim, 58.

Hakim Mahkamah Tinggi pula ialah Datuk Mariana Yahya, 51, Dr Badariah Sahamid, 56, Azman Abdullah, 49, Mohd Yazid Mustafa, 54, Zainal Azman Ab. Aziz, 53, Yew Jen Kie, 57, Datuk Ahmadi Asnawi, 56, Datuk Zamani A.Rahim, 60 dan Vernon Ong Lam Kiat, 54.

Hadir sama menyaksikan upacara pelantikan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Turut hadir Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Hasnah Mohammed Hashim. - BERNAMA

Artikel Lain