suria

Tanggungjawab Sosial Korporat Jadi KPI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan anugerah keseluruhan CSR kepada CEO Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas pada anugerah CSR Perdana Menteri 2009 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, semalam. Turut serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. - Foto THE STAR oleh SIA HONG KIAU

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masa yang dihabiskan pekerja untuk menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) patut dijadikan sebagai sebahagian daripada indeks prestasi utama (KPI) mereka.

Katanya, Jabatan Sumber Manusia juga boleh menjadikan CSR sebagai kayu pengukur prestasi pekerja.

"Ia boleh dan patut dikira untuk menentukan pertambahan gaji tahunan atau bonus.

"Saya percaya ini dapat memotivasikan pekerja sekali gus menggalakkan yang lain untuk turut serta dan melibatkan diri secara aktif dalam CSR.

"Ini juga menjawab persoalan yang sering diutarakan apabila melakukan aktiviti bukan kerja sama ada ia akan menjejaskan kerjaya atau tidak," katanya ketika berucap pada majlis Anugerah CSR Perdana Menteri 2009 di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalannya, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Petronas memenangi keseluruhan Anugerah CSR Perdana Menteri selepasi mengungguli kategori pendidikan serta warisan dan kebudayaan.

Kategori lain seperti persekitaran dimenangi Intel Tech Sdn Bhd, komuniti serta kebajikan sosial (CIMB Group), CSR bagi syarikat kecil (The Truly Loving Company), Amalan Tempat Kerja Terbaik (Telekom Malaysia Berhad) dan Laporan Media-Anugerah Khas (Media Prima Berhad).

Sementara itu, Star Publications (M) Berhad memenangi hadiah kedua bagi kategori Laporan Media-Anugerah Khas.

Untuk anugerah kali ini, satu kategori baru diperkenalkan iaitu Memartabatkan Wanita yang dimenangi Rampai-Niaga Sdn Bhd.

Anugerah CSR Perdana Menteri dilancarkan pada tahun 2007 bertujuan untuk mengiktiraf syarikat atau korporat yang telah menyumbang bakti kepada komuniti menerusi program CSR masing-masing.

Panel 10 juri anugerah berkenaan diketuai oleh bekas ketua setiausaha kementerian, Tan Sri Faizah Mohd Tahir.

Mereka mengadili 70 syarikat korporat yang melibatkan hampir 150 projek berdasarkan tiga kriteria utama.

Sementara itu, Najib menyarankan agar satu kemudahan disediakan untuk membantu syarikat korporat mengenal pasti aktiviti serta projek CSR yang memerlukan bantuan kewangan.

Jelas beliau, ini kerana kebanyakan korporat dan persatuan memperuntukkan dana untuk tujuan CSR setiap tahun tetapi tidak tahu menggunakan dana itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain