Najib Garis Empat Tonggak Penting Laksana Agenda Kerajaan - Semasa | mStar

Najib Garis Empat Tonggak Penting Laksana Agenda Kerajaan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan empat perkara yang menjadi tonggak penting untuk melaksanakan agenda kerajaan bagi tahun ini.

Beliau berkata empat perkara itu ialah gagasan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10.

Katanya dua perkara lain yang menjadi sebahagian daripada empat tonggak itu ialah pemikiran yang kreatif dan inovatif serta kepantasan membuat keputusan, dasar dan pelaksanaan, yang berkaitan dengan daya saing sesebuah negara.

"Saya harap penjawat awam akan beri komitmen sepenuhnya apa yang dianggap penting untuk memenuhi jangkaan dan harapan rakyat.

"Agenda kita untuk tahun ini dan dengan aliran pemikiran kita, jika digabungkan, tahun ini boleh menjadi tahun yang berjaya," katanya pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Najib berkata gagasan 1Malaysia bukan slogan atau retorik semata-mata tetapi membawa pengertian yang amat mendalam dari segi dasar, pendekatan dan perubahan yang hendak dilakukan oleh kerajaan.

Katanya ia merupakan satu usaha bagi memacu perpaduan nasional yang membawa kepada kestabilan dan bergerak dalam satu keluarga yang besar untuk menuju matlamat yang sama.

"Terdapat kumpulan dan individu yang ingin merosakkan keharmonian dan perpaduan dalam negara, dan walaupun ia kecil tetapi ingat, bara kecil yang tidak dipadamkan, boleh menjadi api yang akan menghancurkan dan membinasakan kita.

"Jika gereja dan surau dibakar, kepala khinzir dicampak ke perkarangan masjid, ini adalah perkara serius yang mesti ditangani bersama.

"Gagasan 1Malaysia amat penting, kita mesti memupuk rasa kekeluargaan sesama kita walaupun pelbagai kumpulan etnik, budaya dan sebagainya tetapi kita adalah 1Malaysia," katanya.

Najib berkata Rakyat Didahulukan kerana mahu kerajaan dilihat sebagai kerajaan untuk rakyat dan kerana rakyat dan ia mesti diterjemahkan dalam bentuk dasar dan program.

"Jika tidak, rakyat akan bersikap sinis, umum satu dasar atau program tetapi pelaksanaannya masih timbul banyak persoalan.

"Begitu juga dengan GTP, ia mesti dijayakan seperti ketetapan dan akujanji kita kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata Model Ekonomi Baru yang akan dibentangkan pada penghujung bulan depan bertujuan memberi suntikan kepada pembangunan ekonomi negara agar daya saing negara lebih kompetitif.

"Ia berpindah daripada berpendapatan pertengahan sebagai sebuah negara yang lebih kompetitif dan lebih berjaya. Ini (Model Ekonomi Baru) akan merumuskan strategi ekonomi untuk negara," katanya.

Najib berkata RMK-1O akan mengandungi banyak ketetapan yang telah dibuat dalam GTP, Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan juga Model Ekonomi Baru.

Katanya penjawat awam perlu mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif yang merupakan satu proses menghargai ciptaan yang perlu diterapkan dalam sistem, ekonomi dan pembangunan yang tidak berkaitan dengan Sains dan Teknologi serta Kajian dan Penyelidikan (R&D) semata-mata.

Beliau berkata membuat sesuatu keputusan dengan cepat juga mempunyai kaitan dengan produktiviti dan daya saing negara yang akan dinilai seperti oleh 'World Competitiveness Report'.

"Jika negara berada pada tahap top 10, tentu sekali orang akan lihat kita berada pada saf negara yang kemampuannya tinggi," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nak Hidup Pun Susah...Apatah Lagi Untuk Mati

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain